Thursday 22 March 2012

Latar Belakang Syarikat

Mutiara Mangga Enterprise (  no pendaftaran PG0263829-V) telah didaftarkan pada 14hb Mei 2010 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mula beroperasi secara kecil-kecilan melalui perusahaan memproses dan menjual pelbagai jenis jeruk buah-buahan.Di antara produk yang di hasilkan ialah jeruk mangga,kendondong,pala,betik dan lain-lain dimana sebagaian besar bekalan buah-buahan ditanam dan di usahakan sendiri bersama-sama projek kumuniti kelompok pertanaian Kg Perlis Balik Pulau.Mempunyai ladang mangga seluas 10 ekar berkapasiti pengeluaran hampir 15 metrik tan semusim.Buah mangga yang muda dipetik dan diproses untuk dijadikan jeruk dan mangga yang masak di tuai diproses dijadikan kordial disamping dijual kepada pemborong dan pelangan sekitar pulau pinang.
             Jeruk Madu keluaran Mangga Mutiara di adunkan bersama gula,garam dan cuka epal serta madu mula mendapat tempat di hati pengemar jeruk dari pelbagai lapisan masyarakat baik di sekitar Pulau Pinang malahan sudah mempunyai rangkaian peniaga dan pelanggan di Kedah,Perak, Terengganu,Kelantan dan  beberapa negeri lain.Setakat ini jualan bulanan telah mencapai 2 tan malah meningkat terutama hari cuti sekolah dan hari cuti umum dan kebanyakan pelanggan membeli untuk di jadikan ole-ole atau buah tangan bila berkunjung ke Balik Pulau.Adunan istemewa ini yang menpunyai keenakan rasa jeruk segar turut mendapat tempahan untuk cenderahati di majlis-majlis kenduri dan hadiah kepada kawan-kawan atau sanak-saudara bila balik ke kampung.Kepada mereka yang belum mencuba datanglah ke teratak jualan jeruk di kampung perlis atau di cawangan kami yang berdekatan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...